IKTIKAF
Iktikaf di masjid pada bulan Ramadan ni ibarat orang berhajat nak ke Mekah. Semua orang Islam ada rasa nak p, semua orang ada niat nak dekat dengan Allah. Tapi hakikatnya, bukan semua orang diberi peluang. Ada yang terhalang dengan kerja, tanggungjawab, kesihatan, atau ujian hidup yang lain. Namun begitu, niat yang ikhlas tetap ada nilainya di sisi Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang didalam hati perut kita. Jadi siapa yang sempat beriktikaf, syukurilah peluang itu, kerana ia bukan sekadar usaha kita, tetapi juga jemputan dari Allah SWT.